Saturday, 8 April 2017

2 | Kisah aku dan si Dia

Wassup!

seperti yang dijanjikan, aku akan cerita kisah hidup aku yang mungkin agak menyedihkan. AGAK je okay, AGAK.

So ini hanya permulaan cerita.

Aku dilahirkan dalam family yang agak broken then my mom berkahwin dengan ayah tiri aku, yang aku panggil Abah manakala ayah kandung aku berkahwin dengan mama aku. aku anak keempat dari 7 beradik. Atas aku semua lelaki dan bawah aku semua perempuan. aku and abang abang aku berbin/ti kan ayah kandung aku manakala adik adik aku berbinti kan abah.

keadaan family aku dari segi kewangan sederhana saja, ayah dengan kedai makan dia, abah dengan company dia. mak aku suri rumah sepenuh masa. Dulu, abang abang aku tinggal dengan ayah aku manakala aku dan adik - adik aku tinggal bersama emak dan abah. oleh kerana aku tinggal dengan mak aku, jadi aku dianggap seperti anak sulung dalam keluarga ni . kena buat semua kerja rumah .

Actually aku ngan abah aku tak rapat langsung! kami berdua jarang bercakap. kalau setahun tu boleh kira dengan jari. tu pun cakap benda yang penting saja. ok cukup disini saja mukadimah yang panjang berjela ni.

OCTOBER , 2016

Pada suatu hari, aku berkenalan dengan si Dia. cukup saja aku namakan dia Sakura. yeah, she's girl, i'm girl  and we're gay. sebenarnya aku dah lupa bulan berapa kami berkenalan dan kat mana kami berkenalan. disini ada dua pilihan , dalam wechat or wattpad.entah la dah lupa.

hmm, bagi aku dia istimewa. Bagi aku dia first love aku walhal aku dah pernah couple dengan lelaki sebelum ni dan semuanya gagal termasuk dengan Sakura. Percaya tak, kalau aku jatuh cinta dengan orang yang umur nya tua 5 tahun dari aku? dan saat tahun ini aku tersangat lah muda. oh ya, kami rapat dalam masa 1 hari. dan dia tidak mengetahui umur dan nama penuh aku. hanya nama depan sahaja dia tahu kerana nama itu ku jadikan sebagai nama acc wattpad ku.

Rupa dia? not bad. putih, comel dan sedikit chubby. rupa aku pulak? hahaha kite biasye biasye je hmm,. awal perkenalan kami, kami agak kekok dan dia berkata aku penulis favourite dia. hahaha saat ni aku bangga dah. so kami berchit-chat kat wechat hingga pagi. aku teman dia katanya tak boleh tidur. baikkan aku? hhehe..

lupa pula nak cakap masa kami berdua kenal hp aku dah rosak dan dibuang dalam semak depan rumah  atas sesuatu peristiwa yang akan aku ceritakan di masa akan datang. dan kadang2 aku menggunakan hp mak aku.

aku dan sakura tidak pernah menjalin hubungan sebagai couple kerana tiada sesiapa yang propose each other. hanya kalimat cinta yang sering di kata kan tanpa menjalin hubungan. Hari itu dia up moment di wechat senarai nama couple dia, dan nama aku tiada. sedih sebenarnya.

oh yesh! aku dah ingat how we knew each other! aku berkawan dengan salah satu readers aku di wechat. perempuan. dia ni sweet talker betul! aku mengaku, aku berapa kali cair dengan ayat dia dan hampir jatuh cinta. lets call her PINTU. So Pintu ni sebenarnya ex Sakura.

satu hari Pintu chat aku suruh aku add Sakura dan dia menjadikan aku orang tengah untuk berhubung dengan Sakura. jadi aku ikut apa yang dia suruh. chat, tanya kenapa block Pintu then start that day kitorang berkawan hingga menjadi mesra. (TTM)

Sakura cerita pada aku yang sebenarnya Pintu ni Playgirl dan pernah curang beberapa kali belakang dia. patut lah bermulut manis, playgirl rupanya. huh. jadi aku dan sakura berchatting. beberapa kali aku kantoi dengan mak aku tapi mak tak cakap apa-apa, sebaliknya aplikasi Wechat di-delete nya. Then kami berchatting pula di satu aplikasi ni, aku dah lupa namanya tapi ikon hijau (bukan whatsapp) tapi yang pasti aplikasi yang dibuat gmail (?)

Tak cukup dengan itu, kami berhubungan pula dalam Gmail. pun aku kantoi. Gmail pun hilang dari radar tak dapat dikesan huh! ada satu hari tu aku membelikan dia topup RM10 pada dia kemudian mak menyoal aku mengenai topup tu. marah betul mak aku. katanya membazir duit beli tuk orang, aku hanya tersengih.

kemudian saat aku mengambil hp mak aku ingin membuka, ternyata telah di letak password. haih. bukan main murung lagi aku masa tu sebab stress dengan hidup terkongkong seperti ini. sampai kan aku pernah toreh tangan dan tumbuk dinding sebab stress sangat. last, aku didekati pula dengan satu readers aku ni. juga seorang lesbian dan tua setahun dari aku. lets called her Liy. dia pun seorang playgirl juga sekarang dah tak player, tapi still lesbian.

Sakura pun kenal juga dengan si Liy ni.

satu hari aku tersalah tulis ayat eng untuk Sakura sampai menimbulkan salah faham antara kami. aku sememangnya rimas dengan dia sebab asyik kata aku tak cinta dan sayangkan dia walhal itu sama sekali tidak! aku sayang dia !

Hinggalah Liy chat aku serang aku dengan berkata aku dah sakitkan hati Sakura. srs talk! aku tak berniat pun nak menyimpang dari apa yang aku katekan pada dia.  aku memang berterabur time tu dan memang menimbulkan salah faham.

PENGAJARAN: Kalau eng broken jangan pepandai nak speaking .boleh buat orang salah faham.

ayat yang samar samar aku ingat punca terjadinya keretakan hubungan tu camni ''STOP TALKING THAT I DONT LOVE YOU'' 

macam tu la kot tak silap aku.hmm..

then aku pun semakin hari semakin rapat dengan Liy. sampai kan Sakura pun cadangkan aku untuk aku couple dengan dia. tapi aku tolak sebab aku masih sayang kan dia. then Liy pulak confessed dekat aku dan dia kata dia sanggup jadi tikus hitam or bahan ujikaji ke mende nama natang tu hahaha supaya aku boleh move on.

tak lama kemudian aku pun terima lamaran dia. dia janji dekat aku yang dia tak kan jadi player lagi dah. dan sampai harini dia pegang janji dia. aku dengan sakura? sudah jarang chat tapi kalau main reply komen tu je lah. hmmm..

Dan makin ramai yang pm aku sebab nak kenalkenal sampai dalam group wasap pun ada lesbian pm aku. 2orang pulak tu. nanti aku cerita part ni. dan aku pun sekarang dah ada hp sendiri. nasib mak aku bagi aku guna hp hmm..

jadi sekian lah Kisah aku dan si Dia.

actually aku nak sambung ff aku ni, tapi takpe lah tulis blog dulu lah, hehehe.. kesian tengok readers aku. hmmm..


11:33 Malam
8 April 2017
meja belajar, dalam bilik dan depan laptop.

Sincerely,
R2ina















1 | Introduction

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang non-muslim.

Malam ni, aku nak kenalkan diri aku. Nama aku Raina. Y'all can call me Ray. Umur aku rahsia. Tapi yang pasti aku masih belasan tahun. My gender is female. Jangan sangka aku lelaki pulak lepas ni ya! Aku baru je create blog ni sejam yang lepas. Agak lama juga lah nak create. Iya lah, nak buat email baru lagi, dengan internet yang mintak kaki dan carutan hanat dari aku. haihh...

Sebernanya banyak kali juga lah aku dah create blog tapi buat yang baru sebab banyak kesilapan yang berlaku selepas membuat blog contoh nya tersalah letak tajuk entry dekat domain name lah, nama blog yang terlalu noob la.. itu la, ini la, haih. ... macam macam!

Blog ni mungkin aku akan menulis tentang diri aku, (like diary lah) or aku akan kongsi cerpen or novel yang aku buat sejak aku mengenali dunia wattpad. minat aku memang cenderung kearah sesuatu yang berbentuk penulisan, so thats why lah banyak ff,novel yang telah aku tulis di wattpad. (dalam draft,)

But sorry not sorry, kalau ada yang mintak username wattpad aku, aku mungkin takkan bagi kecuali he/she already know me. aku tak minta lebih pun, aku harap blog aku mendapat sambutan. kalau aku nak buat diary kat wattpad aku, memang tak lah sebab banyak yang kenal aku dalam tu. 

ok lah. aku publish dulu yang ni sebab kejap lagi aku nak menulis tentang kisah hidup aku. bye bye!

10:08 Malam,
8 April 2017
meja belajar,dalam bilik dan depan laptop.

Sincerely,
R2ina.