Malam ni, aku nak kenalkan diri aku. Nama aku Raina. Y'all can call me Ray. Umur aku rahsia. Tapi yang pasti aku masih belasan tahun. My gender is female. Jangan sangka aku lelaki pulak lepas ni ya! Aku baru je create blog ni sejam yang lepas. Agak lama juga lah nak create. Iya lah, nak buat email baru lagi, dengan internet yang mintak kaki dan carutan hanat dari aku. haihh...
Sebernanya banyak kali juga lah aku dah create blog tapi buat yang baru sebab banyak kesilapan yang berlaku selepas membuat blog contoh nya tersalah letak tajuk entry dekat domain name lah, nama blog yang terlalu noob la.. itu la, ini la, haih. ... macam macam!
Blog ni mungkin aku akan menulis tentang diri aku, (like diary lah) or aku akan kongsi cerpen or novel yang aku buat sejak aku mengenali dunia wattpad. minat aku memang cenderung kearah sesuatu yang berbentuk penulisan, so thats why lah banyak ff,novel yang telah aku tulis di wattpad. (dalam draft,)
But sorry not sorry, kalau ada yang mintak username wattpad aku, aku mungkin takkan bagi kecuali he/she already know me. aku tak minta lebih pun, aku harap blog aku mendapat sambutan. kalau aku nak buat diary kat wattpad aku, memang tak lah sebab banyak yang kenal aku dalam tu.
ok lah. aku publish dulu yang ni sebab kejap lagi aku nak menulis tentang kisah hidup aku. bye bye!
10:08 Malam,
8 April 2017
meja belajar,dalam bilik dan depan laptop.
Sincerely,
R2ina.
No comments:
Post a Comment